SENIORS



Tahukah anda siapakah pelajar Hamzah English School/Sekolah Menengah Hamzah yang pertama melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti? Dari rekod yang kami ada, mereka ialah dua orang bekas pelajar Class of ’66 yang mula-mula sekali mendapat peluang ke universiti. Mereka ialah Datuk Hashim Safin (allahyarham) dan Datuk Ismail Mamat.

Kedua-dua mereka ini sebelum ke Universiti Malaya, belajar di Sekolah Alam Shah (SAS), Cheras, Kuala Lumpur selepas tamat Tingkatan V di Sekolah Menengah Hamzah. Tiga (3) orang pelajar dipilih belajar di SAS dengan berdasarkan keputusan percubaan SPM di mana apabila keputusan sebenar SPM dikeluarkan, hanya mereka berdua sahaja yang layak dikekalkan di SAS.

Selepas memperolehi ijazah BA (Hons) pada tahun 1972, mereka bertugas sebagai guru. Selepas beberapa tahun mengajar, mereka menceburi bidang politik. Datuk Hashim Safin ialah bekas Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah manakala Datuk Ismail Mamat ialah bekas Ketua UMNO Bahagian Machang. Mereka juga pernah menjadi ADUN Kelantan iaitu masing-masing mewakili Gual Periok dan Banggul Judah.

Datuk Hashim Safin meninggal dunia pada 12 April 2008 di HUKM Kubang Kerian kerana sakit jantung. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan di Tanah Merah iaitu berhampiran dengan kediaman beliau.

Datuk Ismail Mamat pada masa ini telah bersara dari arena politik dan hanya menjadi penyokong dari belakang kepada isteri dan anaknya yang menggambilalih tugasan kegiatan politik tersebut. Beliau boleh dihubungi dengan nombor 09-9751795.


Datuk Ismail Mamat


Datuk Hashim Safin (Allahyarham)