About The Hamzah Fivers '68 Club (14/04/2010)


The Hamzah Fivers ’68 Club adalah terdiri daripada bekas pelajar-pelajar Form Five, Hamzah English School, Machang, Kelantan tahun 1968. Idea untuk menubuhkan Hamzah Fivers ’68 Club ini datangnya daripada saudara Wan Seman Wan Ahmad (Dato’). Beliau pada ketika itu bertugas sebagai Pengarah, Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Manakala ketika itu saudara Muhamad Noor Yaacob (Datuk) pula bertugas di Kementerian Pembangunan Sumber Manusia juga di bangunan pejabat yang sama iaitu di Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan di Damansara. Di antara tujuan penubuhan Hamzah Fivers ’68 Club ialah untuk menjalin semula tali persahabatan yang telah berpuluh-puluh tahun terputus selepas peperiksaan Senior Cambridge/MCE pada November/Disember 1968 dahulu.


Sebenarnya di dalam kitaran hidup ini, apabila dikenang-kenangkan semula, saat yang paling gembira dan seronok sekali ialah semasa kita dibangku sekolah (termasuklah yang berdiri di atas bangku! Ha..ha..siapa ya…). Dato’ Lat menggambarkan keseronokan di zaman persekolahan dengan kartunnya “The Kampung Boy”. Yang tidak pandai melukis kartun, cukuplah dengan mengadakan perjumpaan seperti Majlis Reunion dan sebagainya untuk kita mengimbas kembali nostalgia manis di masa persekolahan.


Rancangan untuk menubuhkan club ini tercapai setelah berjumpa secara kebetulan dengan saudara Abdul Shukur Ismail yang ketika itu bertugas dengan Telekom Malaysia. Dengan usaha gigih beliau, maka beliau telah berjaya menghubungi semua Hamzah Fivers ’68 di seluruh Semenanjung Malaysia. Sejak dari itu maka bermulalah episod baru dalam usaha penubuhan Club ’68 ini.


Buletin pertama Club telah dikeluarkan pada 15 Julai 1997 manakala perjumpaan pertama rakan-rakan di Lembah Kelang diadakan pada 6 November 1997. Majlis First Reunion telah diadakan pada 31 Januari 1998 di Sekolah Rendah Hamzah I Machang iaitu sekolah asal Hamzah English School. Tidak dapat digambarkan betapa gembira pada ketika itu….


Semoga persahabatan kita ini akan berkekalan sampai ke akhir hayat….




The Hamzah Fivers ’68 Club



Penasihat: Datuk Muhamad Noor Yacob



Presiden: Dato’ Haji Wan Seman Wan Ahmad


Timb. Presiden: Dato’ Haji Ab. Rashid Mat Adam



Setiausaha: Saudara Yusoff Mamat



Pen. Setiausaha: Saudara Abdul Shukor Ismail



Ehh…eh..Siapa pulak ni??? Azian Omar masa muda-muda dulu ke?




HAMZAH ENGLISH SCHOOL, MACHANG, KELANTAN1968



FORM FIVE SCIENCE 1968
HAMZAH ENGLISH SCHOOL, MACHANG, KELANTAN



FORM FIVE ARTS 1968
HAMZAH ENGLISH SCHOOL, MACHANG, KELANTAN