REUNION



FIRST REUNION



First Reunion telah diadakan pada 31 Januari 1998 iaitu genap 30 tahun perpisahan. Semua members hadir di Majlis tersebut yang bermula dari pukul 10:00 pagi hingga 5:00 petang. Majlis diadakan di Sekolah Rendah Hamzah I, Machang iaitu sekolah asal Hamzah English School. Tetamu kehormat pada hari itu ialah Cikgu Zainuddin Saad, Mr. Ng Loong Fatt, Ustazah Zainab dan senior Y. Bhg. Datuk Ismail Mamat.


Walaupun hujan begitu lebat pada hari tersebut, ianya tidak menghalang kami untuk merayakan Majlis berkenaan. Memandangkan telah 30 tahun berpisah, maka ramai di antara kami yang tidak mengenali antara satu sama lain. Mereka yang begitu ketara sekali berubah ialah Umi, Sofiah, Hasnah Arshad, Nik Norizan, Mariamah, Wan Hamidah, Siti Hamzah dan Tan Choo Pan...just to name a few.... Bagi kaum lelaki pula, yang sukar dikenali ialah Ahmad Abdullah, Mohamed Jaafar dan Khaidir.


Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan wang dan tenaga terutama saudara Wan Seman Wan Ahmad (Dato’), saudara Muhamad Noor Yacob (Datuk), saudara Ab Rashid Mat Adam (Dato’), saudara A. Shukor Ismail, saudari Mariamah Mohamad, saudara Wan Hussien Wan Hamat dan tidak lupa kepada urusetia di Machang iaitu saudari Samsider Muhamad, saudara Fauzi Taib, saudara Wan Yaacob Wan Muhamad, saudari Wan Hamidah Wan Mahmud, saudari Siti Hamzah, saudara Mokhtar Ahmad, saudara Yoe Boon Hian, saudari Azian Omar dan ramai lagi. Tanpa usaha mereka ini pastinya Reunion tidak akan terjadi.



-->
Cikgu Zainuddin Saad Sedang Memberi Ucapan Pada Majlis 1st Reunion.


-->
Mr Ng Loong Fatt Sedang Memberi Ucapan Pada Majlis 1st Reunion.


-->Datuk Ismail Mamat Turut Memberi Ucapan Pada Majlis Reunion Tersebut.


-->
Bergambar Beramai-ramai 1st Reunion

UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR SETERUSNYA, SILA KLIK PHOTO GALLERY (1ST REUNION)