Nak carito sikit deh. Kawe dulu pernah mendapat tempat ke 25 dari 26 ore murid (nommo dua ggusut la tu, nak royak bui) Form Five Science 1968 dalam peperiksaan penggal ketiga dan mendapat Gred 4 semasa mock trial MCE yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi dengan peperiksaan MCE sebenar. Dalam peperiksaan sebenar itu pula, kawe mendapat Gred 4 dalam OSC (kerana mendapat ‘markah penuh 9’ dalam English Language walaupun belajar selama 11 tahun -from Standard One to Form Five, he..he…) dan mendapat Gred 3½ dalam MCE (istilah Gred 3½ ini kawe dah paten dengan Kementerian Pendidikan Malaysia tau. Tok ccayo, tanya Mariamah. Jangan siapa nak plagiat!). Kawe kata dapat Gred 3 ½ kerana jumlah agregat diperolehi ialah 41 (“kurang se hun Gred 4” -ini pun istilah kawe juga. Jangan gatal-gatal nak tiru ya! Kalau tiru siap nanti”). Murid-murid lain cuma dapat “berbelah agregat jah” kawe dapat 41 nah! Berapo ore dale kelah kito hok dapat agregat sebaik kawe tu! Nak tahu detail result? Buleh, tak dak masalah; Sains jah kawe dapat 6, yang lain kawe dapat 7, 8 dan 9 nah! Tak caya dengan rezat kawe? Suruh Mariamah cek.
Lepah sekolah tu keh, kawe nganggur. Li lah li lah dok di rumah. Orang lain kalu tidak duduk di SIC, dok sekolah di IP ke, Adabi ke atau masuk maktab. Jenih tepaka gawa. Kawe dak. Li poteng li poteng di Machang atau Kota Bharu. Ukur kaki lima dan sepak kertah. Kawe jenih tu, kelah tu. Tak dak wawasan, kata orang la ni. Setahun lebih kawe dok lagu tu. Ngaji sekolah? Ambil MCE semula? Kawe buke jenih nak sekolah ko, nak bbaca ko. Dok. Kawe jenih boleh Gred 3½ (gred tiga setengahlah), nak beki sijil apa lagi. Cukup la tu. Tak ambik STPM? Hishh. Nak ambik STPM guno gak, kawe ingat orang gred mace kawe tu taklih ambik STPM. Kawe ingat orang hok ambik STPM itu hok gred molek-molek sikit daripada gred kawe tu, hok agreget kurang daripada 40.
Di pendekkan celoteh ini, akhirnya (sila baca “akhirnya“ itu beberapa kali kerana ia mempunyai konotasi yang khusus dalam konteks ini – minta maaf cikgu-cikgu kalau pemakaian istilah tidak betul, saya masih lagi belajar. Kepada cikgu, kita kena membahasakan diri saya, jangan kawe, nanti “kena piat dengan rotan”) dapat ke Minden, Pulau Pinang pada tahun 1977 – tujuh tahun terkemudian daripada sah-sah lain. Sepatutnya kawe ke sana pada 1976 tetapi kerana sedikit kesilapan, maka itulah harga terpaksa kawe bayar (for just making a simple mistake, that much price I had to pay – untuk pembetulan cikgu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, ke Bahasa Melayu? Keliru kawe tuh! Cikgu Hasnah! Minta tolong royak sikit, Bahasa Malaysia ke Bahasa Melayu?) Tetapi tak apalah, Takdir menentukannya. Barangkali ada hikmah di sebaliknya.
Lepah tubik Minden, kawe kerja dengan sebuah agensi Kerajaan Negeri di Kelantan pada tahun 1980 tetapi not that I loved Kelantan less (please don’t get me wrong) but rather I loved Malaysia more (sorry eh nak nnulih Inggeris sikit fasa lama doh tok nnulih Inggeris tapi cikgu-cikgu minta tolong cek sikit, grammar ke, apa ke, tolong bbeto hok tak beto tu), maka kawe tinggalkan agensi tu dan joinlah perkhidmatan sekarang sampailah ke lo ni.
Eh ada panggilan telefon dari luar. Kawe kena jawab tuh. Kawe bereti ssini dulu deh. Kalu ada masa, kalu ade moda, kawe tulih lagi. Pah kawe gi dulu deh.
Sekian
ABI
[Nota: Saudara Asari Bin Ismail ~ ABI (sebelah kanan) telah
meninggal dunia pada 17/11/2003. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada
roh beliau dan mereka yang terdahulu meninggalkan kita]...........Editor.
BIODATA
| |
Nama | ASARI BIN ISMAIL (Sila perhatikan nama itu dengan betul-betul. Bukan Asri, bukan Ashaari, bukan Shaari, dan sebagainya. Peringatan: Sebarang
|
Tempat Lahir | Kepala Batas, Tumpat, Kelantan (Tarikh lahir akan diberitahu kemudian tapi tahun lahir ialah 1951).
|
Kegiatan Semasa Di sekolah | Kapten Pasukan Sepakraga Jaring (masa itu dikenali dengan nama sedemikian), Hamzah English School 1968, (Acu kelih gak magazine Sekolah 1968 tu).
|
Lain-lain | Nil (menggambarkan betapa aktifnya aku masa itu).
|
Taraf Perkahwinan | Berkahwin (seorang isteri – tiada ganti dan belum tambah sehingga saat ini) dan mempunyai 3 orang anak – 2 heroin dan, yang Bongsu, seorang hero. Isteri orang Kelantan, sementara anak-anak itu, seorang anak Kelantan, seorang dilahirkan di Johor sementara yang bongsu beranak di Kelantan).
|
Kelulusan Akademik Tertinggi | Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Pengkhusussan Mass Communication, USM (1980).
|
Pengalaman Bekerja | Juruteknik Pertanian/Pembantu Khidmat Peladang dengan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan/Pertubuhan Peladang Kawasan Machang Utara:
1973 hingga 1977
Pegawai Tadbir, Perbadanan Pembangunan dan Pemulihan Tanah Negeri Kelantan Darul Naim (TAKDIR) ~ telah diserapkan dalam KESEDAR: 1980 hingga 1982.
|
Badan Pencegah Rasuah | 1. Cawangan Tindakan Khas : 1982 hingga 1984 2. BPR Johor, Johor Bahru : 1984 hingga 1988 3. Cawangan Batu Pahat : 1987 hingga Mac, 1988 4. Cawangan Perhubungan dan Penerbitan dari April, 1988 hingga November 1995 5. BPR Terengganu : Disember, 1995 hingga sekarang |