Dato' Ir. Wan Seman Wan Ahmad
Saudara Wan Seman Wan Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Wan Salman di masa persekolahan adalah seorang pelajar yang aktif di dalam bidang kokurikulum terutama dalam aktiviti pengakap (scout). Beliau sangat obses dengan aktiviti -aktiviti pengakap ini sehinggakan setiap kali berbual dengannya mestilah berkisar kepada topik kepengakapan sahaja. Selain daripada mengetuai geng pengakap, beliau adalah juga salah seorang 'Geng Hostel' - iaitu lebih kurang sama dengan 'Geng Bas Sekolah' dalam saluran Astro Ceria sekarang.
Disamping itu, beliau adalah 'Penghulu' kepada rakan-rakan yang datang dari Pangkal Gong dan Pulai Chondong serta banyak membantu mereka dalam semua perkara termasuk hal-hal akademik. Setelah mendapat gred dua didalam peperiksaan MCE (1968), saudara Wan Seman bersama dengan saudara Yusoff Mamat, Budiman dan Johari (Joe) - yang kemudiannya digelar 'The Four Musketeers', melanjutkan pelajaran di Maktab Teknik Kuala Lumpur. Setelah empat tahun disana, kesemua mereka kemudiannya dihantar oleh kerajaan ke United Kingdom dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Apabila kembali ke tanah air pada tahun 1975, saudara Wan Seman telah bertugas dengan beberapa jabatan kerajaan termasuk Jabatan Bekalan Air dan Jabatan Tenaga Manusia. Jawatan beliau sekarang ialah Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.
References
Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
Entrepreneur Review SMI Business Directory