Saudara Muhammad Noor Yacob atau lebih dikenali sebagai M.Noor semasa zaman Pop Yeh-Yeh dahulu, merupakan seorang pelajar yang cemerlang di masa persekolahan. Beliau sentiasa mendapat no. 1 didalam kelas samada di sekolah rendah ataupun menengah. Pendek kata semua hadiah-hadiah akademik di sekolah disapu oleh beliau setiap tahun. Geng lain masuk angin keluar asap!
Semasa di sekolah menengah, beliau adalah seorang pengawas (prefek) yang berwibawa, tegas dan berdisiplin serta disegani oleh setiap rakan. Tidak hairanlah beliau dianggap sebagai 'teacher's pet' oleh semua guru terutama Mr. Neoh, Cikgu Zainuddin dan Ms. Tan. Beliau juga digelar pakar rujuk oleh rakan-rakan untuk menyiapkan kerja 'homework' terutamanya subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.
Setelah mendapat gred 1 didalam Peperiksaan MCE pada tahun 1968, beliau melanjutkan pelajaran ke Form Six di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu dan seterusnya ke Universiti Malaya dalam bidang Ekonomi. Sebaik sahaja mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada tahun 1974, beliau memasuki perkhidmatan kerajaan sebagai Pejawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan bertugas dengan Kementerian Perusahaan Awam, Malaysia.
Semasa di kementerian tersebut, beliau melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat dan memperolehi Ijazah Sarjana Ekonomi. Jawatan terakhir beliau di kementerian ialah Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) sebelum dihantar bertugas sebagai 'Permanent Mission of Malaysia to the WTO' bertaraf 'Ambassador' di Geneva, Switzerland. Jawatan beliau sekarang ialah Ketua, GC WTO iaitu rakyat Malaysia pertama yang menjawat jawatan tersebut. Beliau bersara pada akhir tahun 2009.