
Dato' Ab. Rashid Mat Adam
Saudara Abdul Rashid Mat Adam atau lebih dikenali dengan panggilan Rashid Mc Adam adalah seorang pelajar yang sangat aktif dalam bidang sukan. Beliau dan saudara Abdul Rahim Yusoff adalah merupakan dua ahli sukan yang tiada tolok bandingnya semasa zaman persekolahan. Hampir kesemua jenis sukan dimonopoli oleh mereka -bola sepak, vollyball, sepak takraw, rugbi, hoki dan acara
Walaupun saudara Rashid sangat aktif dalam bidang sukan, namun daripada segi pelajarannya tidak diabaikan. Beliau seorang yang sangat teliti apabila melaksanakan sesuatu pekerjaan, khususnya kerja rumah atau ‘homework’. Ramai rakan-rakan yang akan meniru kerja-kerja yang telah disiapkan beliau. Idola beliau ialah Cikgu Zainuddin Saad.
Setelah lulus MCE, beliau memasuki tingkatan enam dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti
Selepas 10 tahun di PSD, beliau ditugaskan di beberapa kementerian dan jabatan kerajaan termasuk Lembaga Lebuhraya
Jawatan terakhir beliau sebelum bersara pada tahun 2008 ialah Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) di Kementerian Dalam Negeri.
Dato' Ir. Wan Seman Wan AhmadDisamping itu, beliau adalah 'Penghulu' kepada rakan-rakan yang datang dari Pangkal Gong dan Pulai Chondong serta banyak membantu mereka dalam semua perkara termasuk hal-hal akademik. Setelah mendapat gred dua didalam peperiksaan MCE (1968), saudara Wan Seman bersama dengan saudara Yusoff Mamat, Budiman dan Johari (Joe) - yang kemudiannya digelar 'The Four Musketeers', melanjutkan pelajaran di Maktab Teknik Kuala Lumpur. Setelah empat tahun disana, kesemua mereka kemudiannya dihantar oleh kerajaan ke United Kingdom dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Apabila kembali ke tanah air pada tahun 1975, saudara Wan Seman telah bertugas dengan beberapa jabatan kerajaan termasuk Jabatan Bekalan Air dan Jabatan Tenaga Manusia. Jawatan beliau sekarang ialah Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.





References
Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
Entrepreneur Review SMI Business Directory
Semasa di sekolah menengah, beliau adalah seorang pengawas (prefek) yang berwibawa, tegas dan berdisiplin serta disegani oleh setiap rakan. Tidak hairanlah beliau dianggap sebagai 'teacher's pet' oleh semua guru terutama Mr. Neoh, Cikgu Zainuddin dan Ms. Tan. Beliau juga digelar pakar rujuk oleh rakan-rakan untuk menyiapkan kerja 'homework' terutamanya subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.
Setelah mendapat gred 1 didalam Peperiksaan MCE pada tahun 1968, beliau melanjutkan pelajaran ke Form Six di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu dan seterusnya ke Universiti Malaya dalam bidang Ekonomi. Sebaik sahaja mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada tahun 1974, beliau memasuki perkhidmatan kerajaan sebagai Pejawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan bertugas dengan Kementerian Perusahaan Awam, Malaysia.
Semasa di kementerian tersebut, beliau melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat dan memperolehi Ijazah Sarjana Ekonomi. Jawatan terakhir beliau di kementerian ialah Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) sebelum dihantar bertugas sebagai 'Permanent Mission of Malaysia to the WTO' bertaraf 'Ambassador' di Geneva, Switzerland. Jawatan beliau sekarang ialah Ketua, GC WTO iaitu rakyat Malaysia pertama yang menjawat jawatan tersebut. Beliau bersara pada akhir tahun 2009.
Datuk Muhammad Noor Yacob
Dato' Ab. Rashid Mat Adam
Dato' Ir. Wan Seman Wan Ahmad
Dato' Ir. Budiman Hj. Wan Ismail
Tauke Yeo Boon Hian
Dato' Rozali Isohak
Cikgu Sansider Mohamed
Cikgu Mariamah Mohamed
Ir. Johari Abdul Rahman
Cikgu Hasnah Arshad
Cikgu Siti Hamzah
Cikgu Fauzi Taib
Cikgu Lee Tong Hai
Lawyer Lim Kok Kong
Mejar (B) Wan Husain Wan Hamat
Mejar (B) Abdul Rahim Yusoff



















